Friday, January 29, 2010

url artikel : http://www.usm.my/km/24-06/KM%20ART%2011.pdf

PENGGUNAAN KOMPUTER DALAM PENGAJARAN-PEMBELAJARAN DALAM KALANGAN GURU SEKOLAH MENENGAH: SATU KAJIAN KES DI PULAU PINANG
(COMPUTER USAGE IN TEACHING AND LEARNING AMONG SECONDARY SCHOOL TEACHERS: A CASE STUDY IN PENANG)
Abdul Wahab Ismail Gani1
Kamaliah Hj. Siarap2
Hasrina Mustafa3

Dalam bidang pendidikan, usaha mempertingkatkan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran terus dipergiatkan bagi melahirkan generasi muda yang celik komputer dan sentiasa peka dengan perkembangan teknologi semasa. Selaras dengan kesungguhan kerajaan menggalakkan penggunaan komputer dalam bidang pendidikan, adalah wajar satu kajian dilakukan untuk mengetahui tahap penggunaan komputer bagi pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan guru-guru. Justeru itu, satu kajian kes dijalankan di tiga buah sekolah menengah Pulau Pinang. Teori Resapan Inovasi dijadikan asas untuk mengenalpasti tahap penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran dan faktor-faktor yang mempengaruhinya. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan kaedah tinjauan. Borang soal selidik telah diedarkan kepada 184 responden yang terdiri daripada guru-guru di ketiga-tiga sekolah tersebut. Keputusan kajian mendapati bahawa tiada perbezaan yang signifikan antara guru lelaki dan perempuan, antara kategori umur dan antara mata pelajaran major yang diajar dari segi penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran. Faktor tahap pengetahuan, sikap, personaliti, sokongan organisasi dan sifat-sifat inovasi komputer (faedah relatif, kesepadanan, kerumitan, kebolehcubaan dan keteramatan) didapati mempengaruhi penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan guru.
Kata kunci: Penggunaan komputer, Aktiviti pengajaran-pembelajaran, Generasi celik komputer, Sifat inovasi, Perkembangan teknologi

7 comments:

  1. Assalamualaikum warahmatullah

    Pada pendapat saya, penggunaan komputer berserta perisian yang relevan dalam pengajaran adalah memang berkesan. tetapi hakikatnya majoriti guru tidak dapat menggunakan komputer disebabkan kekangan masa dalam meneliti bahan dan membuat persediaan cuba dulu bahan yang akan digunakan melalui aplikasi komputer.Guru banyak dibebani tugas-tugas selain mengajar di sekolah.Penggunaan alat bantu mengajar komputer mendambakan masa yang banyak dari segi persediaan jika tidak diteliti awal, apabila timbul masalah, pengajaran bukan sahaja tidak berkesan bahkan membuang masa.

    ReplyDelete
  2. terima kasih..............

    mengenai artikel ini terdapat banyak maklumat yang penting yg dapat kita berkongsi maklumat secara umum .penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran amat penting kepada pelajar dan guru. terima kasih kepada yg menyediakan artikel ini untuk bacaan kepada semua pelajar.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum w.b.t

    Artikel ini memang memberi banyak faedah kepada guru-guru, dimana kita tak nafikan bahawa penggunaan komputer banyak membantu proses P&P kita, disamping mendedahkan para pelajar kepada IT sekarang. Tetapi bagi sesetengah sekolah yang tidak mempunyai kemudahan teknologi adalah merupakan salah satu kekurangan walaupun ia tidaklah merupakan faktor utama yang mengganggu proses P&P. Tq untuk artikel yang menarik ini.

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum w.b.t.
    saya bersetuju dengan artikal saudari, oleh kerana ini zaman ICT semua guru mesti pandai menggunakkan IT, sekian. TQ

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum

    memang tidaak dinafikan penggunaan teknologi seperti komputer ini amat penting dan berpengaruh dalam pengajaran dan pembelajaran di dunia globalisasi dewasa ini. walau bagaimanapun, penggunaannya mungkin hanya terhad di sekolah-sekolah yang terpilih seperti sekolah kawalan di kawasan bandar. sebaliknya, sekolah di kawasan luar bandar rata-ratanya tidak mampu meyediakan kemudahan ini kerana masalah kewangan. pelajar-pelajarnya pula lebih bergantung kepada guru untuk kaedah pengajaran secara tradisional. justeru itu, guru tersebut yang harus kreatif mencari kaedah tanpa teknologi bagi memastikan pelajar menguasai matematik sebaik mungkin.

    ReplyDelete
  6. sememangnya penglibatan ICT dalam proses P&P adalah satu kaedah yang sesuai dalam menempuh arus teknologi. Saya amat bersetuju dengan kaedah ini kerana ia dapat menarik minat para pelajar belajar dengan menggunakan komputer di samping dapat menghilangkan rasa boring mereka.

    ReplyDelete
  7. Bagi saya pengetahuan dan pendedahan komputer kepada seseorang adalah faktor utama menarik minat seseorang terhadap penggunaan komputer. disamping itu kemudahan komputer juga merupakan faktor. Jantina bukan sebab yang utama.

    ReplyDelete