Ada remaja mengeluh. Katanya, dia dan ibu bapanya tidak sekepala. banyak perkara yang dilakukannya jarang benar menepati citarasa mereka. Kalau bercakap pun, lebih banyak leteran dan arahan yang diterimanya. Sampaikan hendak berkongsi cerita pun terasa cukup payah seolah-olah ada jurang antara mereka.
Sebenarnya situasi begitu bukanlah pelik. Malah, ia biasa berlaku dalam masyarakat. Puncanya cukup mudah. Ibu bapa melayan anak sebagai anak. Sementara anak pula melayan ibu bapa sebagai ibu bapa. Apabila peraturan ini berlangsung selama 24 jam dalam sehari, komunikasi antara ibu bapa dan anak mula kaku.
Meskipun begitu, itu bukan bermaksud peraturan tersebut tidak lagi praktikal. Cuma masing-masing perlu bijak menyesuaikan diri. Bagaimanapun pendekatan yang digunakan hendaklah disesuaikan dengan usianya.
Selain itu, remaja juga harus sanggup menerima dan menghormati teguran tersebut dengan ikhlas. Ini bukan sahaja kerana mereka sudah lebih banyak makan garam. Tetapi juga kerana tanpa mereka, siapalah kita.
Firman Allah SWT yang bermaksud: "Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) terhadap kedua-dua ibu bapanya. ibunya telah mengandung dalam keadaan lemah selama dua tahun. Bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua-dua ibu bapamu. Hanya kepada Aku tempat engkau kembali" (surah Luqman: 14)
cita-cita seorang guru biasa...
14 years ago
No comments:
Post a Comment